Catatan Popular

Khamis, 7 April 2011

SIMPAN EMAS ATAU SIMPAN WANG ?

SIMPAN EMAS ATAU SIMPAN WANG?

 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:- 'Satu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang berguna tinggal, kecuali Dinar(Emas) dan Dirham(Perak)' 

Kebanyakan orang lebih suka menyimpan wang di bank ataupun menyimpan di dalam saham amanah seperti ASB dan sebagainya. Selain drpd cara yang dianggap selamat untuk menyimpan, pelaburan saham amanah juga dianggap memberi keuntungan yang lumayan dan dijamin oleh kerajaan. 

Sedar atau tidak wang yg kita simpan dan gunakan ini semakin susut nilainya. Bagi mereka yang selalu ke pasar mungkin terasa kecilnya nilai wang kita jika diukur dengan jumlah barangan yang dibeli. 


Bagaimanakah jika ada cara untuk kita menyimpan sambil mendapat pulangan yang lebih lumayan? Adakah anda ingin terus menyimpan wang di dalam saham amanah?
Dengan menyimpan emas fizikal sama ada barang kemas atau goldbar anda bukan sahaja mendapat faedah daripada kenaikan harga emas tetapi anda juga berpeluang menambah pendapatan bulanan. 
DIVIDEN DAN BONUS ASB DARI TAHUN 1991 HINGGA 2008
 



HARGA EMAS DARI TAHUN 1999 HINGGA TAHUN 2009
 

 


Public Ittikal Fund 31 mac 2008 hingga 31 Mac 2009 

 

Dengan melihat carta di atas anda boleh membuat analisa dan pilihan simpanan yang manakah lebih menguntungkan...
 

MULAKAN SIMPANAN EMAS ANDA SEKARANG.
 
SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN.
 

Pelaburan emas, apakah yang terbaik?
Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas saudara menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;
1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.
5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?
Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama. Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia. Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.
Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.
Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.
Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;
Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.
Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya..icon smile Pelaburan emas, apakah yang terbaik?. Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi  sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.
Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidak tahu  hal berkenaan zakat dan  berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?
Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.
Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.
Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.
iklan: jual beli emas di beranang, emas rantai port dickson, jual emas gombak, serdang beli emas, kedai emas online di cheras, keramat jongkong emas, benang emas petaling jaya, subang gelang emas, pelaburan emas negeri sembilan
Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.

PENGEDAR DAN RAKAN NIAGA DIPERLUKAN
KEUNTUNGAN LUMAYAN



simpanan emas menjamin masa depan

Hukum trade in emas mengikut islam


Rasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam sabda baginda bermaksud begini:
“Enam perkara yang perlukan urusan serah dan terima berlaku serentak (dalam satu masa) dan dalam timbangan yang sama berat adalah yang melibatkan penukaran (spt sistem barter):
1. Emas dengan emas
2. Perak dengan perak
3. Tamar dengan tamar
4. Barli dengan barli
5. Garam dengan garam
6. Gandum dengan gandum”
Selain dari 6 perkara yang dinyatakan di atas, pertukaran untuk barang yang tidak sama (contoh: emas dengan perak, emas dengan wang), urusan serah dan terima perlu berlaku dalam satu masa.
Ustaz turut menyatakan bahawa fatwa antarabangsa menyetujui bahawa dalam kehidupan hari ini, duit ringgit (matawang) boleh diibaratkan seperti emas. Wallahua’lam.
Berdasarkan sabda di atas, 4 mazhab utama telah sepakat dalam hukum pembelian emas secara bertangguh. Keempat-keempat mazhab menyatakan bahawa emas tidak boleh dibeli secara bertangguh/ansuran. Urusan jual beli emas adalah secara tunai sahaja (cash and carry). Emas perlu diserahkan kepada pembeli setelah bayaran penuh diterima.
Apakah hukum ‘trade-in’ emas lama kepada emas rekaan baru?
Menjawab persoalan ‘trade-in’ emas lama dan tukar kepada emas baru, jatuh hukum riba dalam kes ini. ini kerana sesetengah emas lama yang di ‘trade-in’ adalah sama berat dengan emas baru yang diingini oleh pembeli tetapi pembeli tetap perlu tambahkan bayaran untuk emas rekaan baru tersebut. Jadi, wang tambahan di sini termasuk dalam wang riba.
Cara untuk mengelakkan terjadinya riba di sini adalah dengan melakukan dua urusniaga. Pertama, jual dahulu emas lama. Selesaikan dahulu urusan jual beli nya. Kemudian barulah melakukan jual beli untuk emas baru.
Perkara ini turut disentuh dalam UZAR dalam laman blog beliau. Beliau memberikan ulasan lebih terperinci berserta rujukan di sini.
Pengambilan untung dari turun naik harga emas/mata wang?
Kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang, hukumnya harus.
Tapi kalo beli emas dan selalu jual-beli disebabkan spekulasi utk dptkan untung, takut2 jatuh hukum judi.
(Seseorang pernah bagi pendapat beliau mengenai jual beli saham. Beliau pernah ‘gila’ main saham masa muda-muda dulu. Bila ada khabar mengatakan harga saham akan naik, cepat-cepat jual saham. Bila ada saham baru keluar dan dikatakan akan ‘boom’, beliau pasti beli. Tapi sekarang, beliau merasakan ia seperti judi, jual-beli saham kerana ada ramalan mengenai turun-naik saham tersebut. – ia cuma pendapat peribadi beliau yang kebetulan sama dengan perkara yang dibincangkan ustaz. Saya rasa isu ini perlu kupasan lanjut mengenai had yang dibolehkan untuk dapatkan untung dari jual-beli emas. Maklumlah, sekarang ni topik “Kaya melalui jual-beli emas” tengah ‘hot’ .)
Ini sahaja yang mampu saya catatkan mengikut pemahaman saya daripada apa yang diterangkan sepanjang siaran tersebut. Mungkin orang lain punya ‘argument’ tersendiri terutama mengenai persoalan terakhir mengenai jual beli saham/emas. Wallahu’alam.

CARA URUSNIAGA…………….

1) EMAS DI TIMBANG DAN DI NILAI MENGIKUT HARGA PASARAN EMAS SEMASA…
2 ) KAMI BELI SECARA TUNAI….
CARA URUSNIAGA SURAT PAJAK………..
1) MODAL TEBUS KAMI SEDIAKAN…
2) EMAS DI TIMBANG DAN DI NILAI MENGIKUT HARGA PASARAN EMAS SEMASA…..
3) BAKI DI BAYAR SECARA TUNAI…..SEBARANG PERTANYAAN ATAU URUSNIAGA SILA HUBUNGI
HAJI DAUD : 013 - 6409418 ATAU 017 - 3965784

30 kelebihan melabur dan menyimpan emas


Kami di harga emas cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?  kami pernah berjumpa pelanggan dari putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tapi umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu
jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah
a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
f) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
x) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
z) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat…


10 tahun dahulu, kerajaan telah membeli sebidang tanah Haji Tamim dengan harga RM20 ribu. Haji Tamim yang baru menerima pampasan, tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menggunakan wang tersebut, jika disimpan didalam bank, Haji Tamim risau jika dia gunakan wang tersebut. Mak Limah, isteri Haji Tamim, memberi idea kepada suaminya untuk membeli emas, mereka pun pergi membeli emas untuk disimpan.  Dengan jumlah wang sebanyak RM20k, Haji Tamim membeli beberapa utas gelang, rantai dan cincin dengan harga RM40/gram. (total 500gram)
Barang kemas tersebut cuma disimpan dan tidak dipakai, ketika raya, Makcik Limah membawa emas-emas tersebut balik kekampung dan ditunjukkan kepada saudara mara disana, ramai saudara yang berminat membeli, dan Makcik Limah berjaya menjualnya dengan harga RM65/gram. (total RM32,500), hasil dari jualan itu, Makcik Limah terus membeli dikedai yang sama dengan meminta sedikit diskaun dari tauke. Mak Limah berjaya membeli dengan harga RM60/gram, (540gram), kemudiannya raya tahun seterusnya, Mak Limah berjaya jual pada harga RM75/gram (total RM40,625), Mak Limah kembali ligat meminta diskaun dari tauke, tahun seterusnya, Mak Limah dapat membeli emas dengan harga RM70/gram (580gram) dan menjual kembali pada harga RM85/gram –> Total RM49,300
Lihat pada contoh diatas, bagaimana dengan hanya menyimpan dan menjual emas, Mak Limah berjaya menggadakan modal perniagaannya dalam pada masa yang sama jumlah emasnya semakin bertambah, jika Mak Limah hanya menyimpan 500gram emas tanpa meniagakannya, nilainya tetap naik, (nilai sekarang RM160/gram –> RM80k), tetapi dengan sedikit ilmu perniagaan, Mak Limah dapat menambah berat emas simpanannya dan mendapat pulangan lebih tinggi.
Begitulah yang berlaku kepada tauke-tauke emas sekarang, mereka mungkin membeli emas pada harga emas murah suatu ketika dahulu dan menjualnya dengan harga terkini. Nilai berat emas mereka tidak berkurang malah nilainya pula sentiasa naik. Keuntungan dari jual beli itu sebenarnya digunakan untuk menambahkan lagi emas jualan mereka dan pada masa yang sama, barang yang diniagakan mereka itu, adalah harta simpanan mereka sendiri.
Untuk berniaga emas dahulu, anda memerlukan kedai, pegawai keselamatan, beberapa kakitangan dan sebagainya, tetapi dengan kecanggihan teknologi terkini, anda hanya memerlukan website, sistem kedai online yang baik dan sistem penghantaran yang dipercayai. Bukankah semuanya telah ada? cuma apa yang perlu anda lakukan, upload barangan kemas anda, sedikit ilmu pemasaran internet dan thumbs up..anda dapat menjual dan pada masa yang sama menambah harta simpanan anda.
Emas dalam elektronik (computer)

Seperti yang diketahui umum, emas adalah konduktor elektrik dan haba yang baik, ia masih digunakan secara meluas didalam peralatan elektronik di rumah anda. Emas paling mudah diperolehi pada bahagian “finger” iaitu yang jarum halus yang menyambungkan diod, perintang,transformer atau apa sahaja yang (saya dah lupa nama alat elektronik) saya main tulis je ok. Tetapi lapisan emas disini sangat nipis. Untuk mengoresnya dengan kertas pasir mungkin susah, cara paling mudah adalah larutkan processor tersebut dengan campuran Aqua Regia (seperti dibawah). Tapis (filter) buang residue, ambil result dan keringkan.


Pekakas yang paling mudah untuk mendapatkan ekstrak emas adalah processor computer dan motherboard. Lagi lama alat itu, lagi banyak emas yang terkandung didalamnya. Baiklah sedikit bahan yang diperlukan untuk mengesktrakkan emas dari alat elektronik adalah Asid Hidroklorik (HCL) dan Asid Nitrik (HNO3) . (boleh diperolehi dalam bentuk pellet di kedai kimia berdekatan). Campurkan kedua-duanya (aqua regia 3: 1, HNO3:HCL) dan rendamkan processor. Ta-ta! emas akan diekstrak sendiri dari processor dan membentuk mendakan dibawah, basuh dan keringkan, anda telah memperolehi emas untuk dijual.
Video Refining Gold dari CPU

Faktor turun naik harga emas


Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa.
Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank atau Maybanktetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah


enaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas) , seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik.
Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. Kami di hargaemas cuba membawa anda untuk satu pilihan/option/medium pelaburan yang sebenarnya sudah lama tetapi semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS.
Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas.
Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan
1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.
2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.
3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.
4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.
Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.
1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun?
Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%.

 Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.
2) Berapakah bentuk pelaburan emas?  Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular (1) biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer. (ii) Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun.Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa. Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.
3) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar rm70/Tahun. (click disini)
4) Apakah kelebihan pelaburan emas lagi? Kami senaraikan 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas didalam artikel terdahulu, sila rujuk disini (click here)
5) Bagaimana untuk mendapatkan emas pada harga lebih rendah? jika anda membaca artikel ini, harga emas menawarkan diskaun harga emas sebanyak 2.0% untuk gold bar dan barangan kemas, beli sekarang. lawati laman store harga emas malaysia

MATLAMAT

Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas .





Khamis, 17 Mac 2011

TUKAR EMAS MENJADI PENDAPATAN

SELAMAT DATANG !
Dan Salam Sejahtera kepada anda semua

Apa jua tekanan yang anda hadapi, kami disini cuba membantu anda merealisasikan impian anda.

         Mungkin anda letih dengan kerja anda sekarang?
         Mungkin anda tak dapat apa yang anda impikan dengan pendapatan sekarang?
         Mungkin cita-cita anda tak tercapai lagi?
         Mungkin anda rasa terkejar-kejar dengan masa pergi dan balik  kerja rutin harian yang membosankan?
         Mungkin anda rasa kurang masa bersama keluarga?
         Mungkin anda rasa ada SESUATU yang hilang dalam hidup anda?

Misi kami untuk membantu ramai orang untuk berjaya dan kaya dengan konsep yang kami tawarkan

Kami akan cuba membantu anda mencari solusi atau jalan keluar kemelut dari masalah anda itu…

Sistem ini amat sesuai untuk semua orang yang mahukan perubahan.

Jika anda mahu perubahan dalam hidup anda. Berilah peluang pada diri anda melihat apa yang ditawarkan. Kami tak mahu mempengaruhi anda. Anda lihat sendiri apa yang kami katakan..

Kami akan tunjukan kepada anda satu jalan keluar yang tidak lagi terikat dengan masa kerja selama  9 jam – 12 jam sahari. Binalah pendapatan yang sangat lumayan kerja dengan sempoi dan tidak terikat dengan masa anda itu.

“Sakurang-kurangnya setahun sekali anda dapat melihat dunia, dengan melancung kemana-mana anda suka dari hasil usaha anda.”

Kami sediakan  landasan untuk anda menikmati keindahan alam sementa ciptaan tuhan ini. Jika boleh tunaikan Fardu haji dahulu bagi orang Muslim.

Apakah impian besar anda? 

Jika anda ingin berjaya, anda perlu ada impian. Impian itu biarlah yang besar-besar.

Apa sahaja impian anda, bermula dari minda anda.  Bagaimana untuk membina impian? Gambarkanlah perkara-perkara ini..
Sebuah Villa Canggih..

Anda boleh pilih mana satu rumah idaman anda !!!
Rumah teres, Banglow, Villa canggih pilihan anda. Kami akan aturkan pinjaman dari bank panel kami… bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan anda. (Bagi yang layak)

Pilih Kereta mewah Impian anda..

Anda boleh pilih mana satu kereta idaman anda !!!
Mercedes, BMW atau Audi di showroom kereta terdekat anda. Kami akan aturkan pinjaman dari bank panel kami… bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan anda. (Bagi yang layak)

Mewariskan RM1,000,000
YA! RM 1 JUTA

Kita melakukan untuk satu matlamat iaitu mencapai ketenangan minda pada usia emas dan meninggalkan     warisan wang RM 1 Juta kepada keluarga tersayang.

Inilah pemberian anda yang terbaik buat mereka…

APA PERSEDIAN DIRI ANDA ?

  1. Apa skil anda?
  2. Apa kekuatan dan kelemahan anda?
  3. Apa yang anda mahu dalam kehidupan ini?

BERPOTENSI MENJADI SAUDAGAR EMAS

Anda berpotensi menjadi saudagar emas tanpa perlu ada kedai. Tetapi pendapatan mengalahkan saudagar emas ada kedai.

KURSUS MEMBONGKAR POTENSI MENJADI SAUDAGAR EMAS.

        Untuk menjadi saudagar emas mestilah tahu selok-beloknya. Selok belok ini hanya dapat didedahkan kepada yang berminat dan berkemahuan tinggi untuk berjaya. Untuk berjaya mestilah ada ilmu.
        Ilmu mengenai emas ini hanya akan didedahkan melalui kursus sehari.

        Kursus sehari ini akan mendedahkan bagaimana mendapatan pendapatan sebagai saudagar emas.
        Kursus ini dikenakan bayaran RM200 sahaja. Selepas itu anda telah layak diterima menjadi staf kami dengan gaji permulaan RM 1,500.00 sebulan.
        Tugas anda akan diterangkan dalam kursus tersebut.

 KONSEP DAN SISTEM CBR

Kami ada suatu konsep dan sistem mudah dan praktikal.

MACAM MANA ?

Kami ada suatu konsep mudah dan praktikal.

Anda akan dijelaskan apabila menghadiri kursus sehari dengan yuran RM200.

Lepas kursus terus bekerja dengan gaji RM1,500.

Sebagai pekerja mestilah bekerja mengikut peraturan syarikat walaupun anda tidak hadir pejabat setiap hari.

 Anda hanya diwajibkan hadir pejabat 1 hari dalam seminggu bagi menyerahkan lapuran.

VISI KAMI

Menjadi peneraju utama dalam bidang rangkaian pekerja adalah usahawan. Menjadikan mereka usahawan berjaya dan kaya. Apa jua matalamat mereka adalah matalamat syarikat.

MISI KAMI

Menjadikan CBR sebagai wadah bagi pekerja menjadi usahawan berjaya dan kaya. Sabuah syarikat yang dapat mengumpulkan pekerja  sehingga 1,000,000 (1 juta) orang  dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh 5 tahun sahaja.

Trend pemasaran

Pemasaran dari mulut kemulut adalah lebih berkesan
dan telah menjadi trend masakini.
Ianya dikenali juga sebagai “networking”
Jika dibandingkan melalui iklan atau lain-lain medium.
Bidang pemasaran sebenarnya amat mudah. Anda boleh dapatinya,
selepas menghadiri kursus asas sehari, ke-esok harinya dah boleh mula bekerja….

Jawatan Kosong yang sentiasa diperlukan

Eksekutif Pemasaran   - Penuh/separuh masa   -  Gaji Pokok  -   RM1,500 sebulan

Penolong Pengurus     - Penuh/separuh masa    -  Gaji Pokok  -   RM3,000 sebulan

Pengurus Unit            – Penuh masa sahaja       -  Gaji Pokok -    RM 5,000 sebulan

Pengurus Kumpulan  – Penuh masa sahaja.      -  Gaji Pokok  -   RM 10,000 sebulan


Di CBR, anda dihargai , setiap pangkat yang anda perolehi anda akan dinaikkan gaji secara Automatik mengikut tangga pangkat dalam sistem CBR. Nak tak nak, pangkat dan gaji akan dinaikkan apabila mencapai tahap-tahap yang diperlukan. Tanpa perlu temuduga atau hadapi peperiksaan.

Tetapi harus bermula dari Esekutif dahulu..

Mengapa anda perlu sertai CBR?

  1. Ada gaji tetap tiap bulan
  2. Ada bonus
  3. Ada pencen jika ditimpa musibah
  4. Ada potongan KWSP
  5. Ada pinjaman Kenderaan
  6. Ada Pinjaman Perumahan
  7. Ada pinjaman Peribadi
  8. Berpeluang melancung dan mengerjakan haji / Umrah
  9. Tiada stok untuk dijual
  10. Bekerja dengan bijak, bukan  dengan kuat..
 Hati anda tersentuh ?

Jika hati anda merasa tersentuh. Itu petanda Anda ada keinginan untuk merubah keadaan pendapatan anda dan keluarga anda.. Jika anda TELAH berubah, orang keliling anda berubah, masyarakat berubah, negara berubah, dunia menjadi aman damai.

Perubahan anda itulah menjadi titik permulaan MERUBAH KEADAAN

Marilah bersama Kami untuk kebaikan hari esok!


Siapa kami?

Walaupun kami baru, tetapi konsep yang kami tawarkan adalah suatu konsep yang tidak ada saingan lagi. Konsep ini hanya satu-satunya peneraju dalam rakaian pekerja adalah usahawan. Konsep ini hanya satu-satunya didunia.

Kami disini akan membantu anda untuk berjaya dan kaya. Apa jua visi dan misi anda, adalah visi dan misi kami. Maka adalah tugas kami bersama-sama anda menjayakannya.

Jika ada halangan hanya datang dari diri anda sahaja. Tiada sesiapa pun yang boleh menghalang anda untuk berjaya dalam konsep kami.

Maka fahamilah dengan jelas dan terang konsep yang kami ketengahkan.

Infomasi perhubungan..

 anda boleh berjumpa kami terus ..

Sebarang kemusykilan hubungi kami melalui panggilan  atau email

cyberlian.resources@gmail.com
H/P : . 013 – 640 9418 , 017 – 369 5784